CIDB raikan wartawan

Malam kemuncak penyampaian Anugerah Media Pembinaan CIDB 2016 bertemakan “Go Green” anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah berlangsung dengan meriahnya di Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral pada 18 November yang lalu bagi meraikan pengamal media berpusat di Semenanjung Malaysia.

Manakala pengamal media di negeri Sabah dan Sarawak telah pun diraikan dalam majlis berasingan yang dianjurkan pada 12 November di Grand Hyatt Hotel Kota Kinabalu khusus untuk wartawan Sabah; manakala pengamal media di negeri Sarawak terlebih dahulu diraikan pada 30 September bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak.

Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof kepada para pemenang untuk tiga kawasan liputan yang berbeza sempena Malam Penghargaan Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2016.

Para pemenang setiap kategori masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM 5,000 tempat pertama, tempat kedua RM 3,000 dan tempat ketiga RM2,000, trofi dan sijil.

Ini merupakan kali kedua Malaysian Press Institute (MPI) dilantik sebagai sekretariat penghakiman oleh pihak CIDB. Kali pertama penganjurannya penyertaan hanya dibuka kepada pengamal media di Semenanjung sahaja, tetapi pada tahun kedua penyertaannya dibuka secara khusus dan meluas kepada tiga kawasan liputan iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

nov-21-gambar-kolaj-cidb

Gambar dari kiri atas :

  • Dato’ Sri Fadillah menyampaikan ucapan penghargaan kepada pengamal media
  • Encik Hashim Anang (Kumpulan Media Karangkraf) tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat nyanyian menerusi pertandingan Media Idol
  • Encik Rosli (RTM) dan Cik Bhavani (The Star) dinobatkan pemenang pakaian terbaik mengikut tema Go Green.

Gambar dari bawah :

  • Encik Aziz (RTM) dan Cik Bavani (The Star) tampak serasi berjoget secara spontan dengan gaya yang diminta oleh pengacara majlis
  • Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya hadir memberikan sokongan meraikan karyawan
  • Para pemenang bergambar kenangan bersama Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof (empat dari kanan).