Kinabalu Shell Press Award 2018 : Rakaman Gambar

Dari kiri : Puan Lailah Elok (Setiausaha SJA), Datuk Dr. Chamil Wariya (CEO MPI), & Encik Muguntan Vanar (Presiden SJA)

Ketibaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal disambut oleh pengamal media sambil diiringi oleh Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia.

Sebelum masuk ke dewan majlis, Datuk Seri Shafie Apdal terlebih dahulu melawat pameran yang disediakan oleh Shell Malaysia.

Presiden Sabah Journalists Association, Encik Muguntan Vanar membuka majlis dengan penyampian kata-kata aluan.

Pengurus Besar Shell Sabah, Prithipal Singh (enam dari kiri) dan Encik Muguntan Vanar bergambar bersama dengan penerima-penerima anugerah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Shafie Apdal menyatakan kesediaan mengadakan perbincangan untuk menubuh Majlis Media Sabah (Sabah Media Council).

Balu kepada mendiang Frankie Mikun Inoh, menerima anugerah kewartawanan khas yang disampaikan oleh Datuk Shafie Apdal
Pihak SJA menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Datuk Seri Shafie Apdal