Kursus
PESERTA KURSUS FOTO BELAJAR “CIPTA” GAMBAR

PESERTA KURSUS FOTO BELAJAR “CIPTA” GAMBAR

“Kita tidak rakam gambar, tetapi kita cipta gambar.” Itu kata Encik Naim Firdaus Abdul Aziz, tenaga pengajar yang juga merupakan spesialis dalam bidang fotografi semasa mengendalikan Kursus Bekukan Detik Foto: Impak kepada Laporan. Kursus dua hari ini telah dijalankan pada 4 & 5 Oktober 2023 di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Sepanjang kursus, para peserta banyak didedahkan dengan teknik rakaman gambar yang berjaya memberi kesan mendalam pada pembaca. Setiap keping gambar yang dirakam mesti dapat memberi maksud yang jelas untuk difahami, elak persepsi negatif, sekaligus memberi impak kepada khalayak. Encik Naim telah berkongsi pelbagai tips dan kaedah yang betul untuk menghasilkan gambar yang sempurna.

Para peserta turut diberi tugasan merakam gambar dan mempersembahkan gambar yang dirakam untuk dibincangkan bersama penceramah. Peserta bebas berkomunikasi dengan penceramah dan bertanya pelbagai soalan berkaitan kepada penceramah yang tidak lokek berkongsi ilmu.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Encik Naim Firdaus, Editor Media Baharu DagangNews dan HRD Corp Certified Trainer.
 
Sesi santai penceramah bersama peserta.
Aksi peserta dan penceramah semsa sesi grup foto. Terima kasih semua!