Kursus
AI fokus kepada inovasi dan tingkat kecekapan

AI fokus kepada inovasi dan tingkat kecekapan

MPI telah menganjurkan kursus Harnessing The Power of Generative AI khusus untuk pegawai komunikasi dan perhubungan awam di Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) pada 13 dan 14 Februari 2024 bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Kursus dengan kerjasama UBS (M) Sdn Bhd ini telah dihadiri oleh 18 orang pegawai JAPEN bertujuan untuk melengkapi peserta dengan kemahiran canggih dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif.

Dalam tempoh dua hari yang intensif, para peserta menjelajahi kompleksiti AI secara mendalam di bawah bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, Encik Franklin Styne yang juga seorang pelatih program korporat. Kursus ini menyediakan pemahaman menyeluruh tentang prinsip, aplikasi dan potensi AI generatif, diadaptasi khas untuk memenuhi keperluan dan objektif JAPEN.

Sepanjang kursus, peserta secara aktif terlibat dalam perbincangan produktif, latihan dan kajian kes serta membentuk persekitaran pembelajaran yang dinamik. Latar belakang dan kepakaran yang pelbagai oleh peserta juga telah memperkaya perbincangan, menyediakan perspektif dan hasil pembelajaran yang berharga. Para peserta juga terlibat secara aktif dalam aktiviti berkumpulan dan menunjukkan minat mendalam terhadap modul-modul kursus yang dipersembahkan.

Kursus pemantapan AI generatif untuk pegawai JAPEN ini telah terbukti berjaya, melengkapi para peserta dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk memanfaatkan teknologi AI generatif secara efektif dalam organisasi.

Semoga JAPEN terus berinovasi dan menyesuaikan diri dalam lanskap yang berubah dengan cepat, wawasan yang diperoleh dari kursus ini pastinya akan menyumbang kepada kejayaan dan pertumbuhan berterusan dalam organisasi.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

1. Franklin Styne, tenaga pengajar kursus AI generatif
2. Sesi pengenalan bersama peserta kursus
3. Berkenalan dengan para peserta
4. Sesi ‘ice-breaking’ beramai-ramai bersama peserta dan penceramah
5. Aktiviti berkumpulan “story telling” selepas sesi minum pagi
6. (Gambar atas dan bawah) Berbincang untuk aktiviti berkumpulan dan persembahan
7. Para peserta membentangkan hasil perbincangan dan aktiviti berkumpulan
8. Mereka sudah! Anda bila lagi? Jom sertai kursus AI dan jadi yang paling pantas mengadaptasi perubahan teknologi. Terima kasih semua!