ANUGERAH
ANUGERAH MEDIA MSOSH 2021

ANUGERAH MEDIA MSOSH 2021

Anugerah Media MSOSH anjuran bersama The Malaysian Society for Occupational Safety & Health (MSOSH) dan Malaysian Press Institute (MPI), kini telah memasuki edisi tahun 2021.

Anugerah ini bertujuan bagi mengiktiraf karya-karya kewartawanan berkait dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori media cetak & portal berita, kategori media penyiaran televisyen & video dalam talian dan pada tahun ini ada penambahan satu kategori baharu iaitu kategori media penyiaran radio & radio dalam talian. Sejumlah RM 15,000 ditawarkan kepada pemenang-pemenang anugerah.

Penyertaan hanya terbuka pada karya berbahasa Melayu & Inggeris.

Bagi karyawan media yang ingin mengetengahkan karya-karya mengenai KKP yang diterbit atau disiar antara 1 November 2020 hingga 10 September 2021.

Edisi tahun kali ini memperlihatkan peserta dikehendaki menghantar bahan penyertaan secara digital dengan mengisi pautan url (url link) pada ruangan pautan bahan penyertaan. Peserta digalakkan menghantar bahan melalui perkhidmatan storan awan (cloud storage) seperti Google Drive, OneDrive, Dropbox, WeTransfer, dan lain-lain lagi.

Bolehlah terlebih dahulu lihat borang penyertaan serta syarat penyertaan pada pautan-pautan berikut :

Borang Penyertaan Anugerah Media MSOSH 2021

Syarat Penyertaan Anugerah Media MSOSH 2021

Penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan / pengamal media yang berkerja sepenuh masa, stringer, dan wartawan sambilan.

Tarikh tutup penyertaan adalah 15 September 2021. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Maklumat lanjut mengenai organisasi/jabatan yang menyelia dan memantau bidang keselamatan dan kesihatan perkerjaan, boleh tekan pada pautan berikut :

The Malaysian Society for Occupational Safety and Health – https://www.msosh.org.my

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman, di alamat emel bukitledangmpi@yahoo.com .