MPI release
DATUK MUSTAPA OMAR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MPI BAHARU

DATUK MUSTAPA OMAR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MPI BAHARU

Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan pelantikan YBhg Datuk Mustapa Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 September 2023. Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan tempoh perkhidmatan YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya yang berakhir pada 30 Jun 2023.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam bidang kewartawanan memulakan kerjaya awal di Berita Harian dan bersara pada 2017 dengan jawatan terakhir sebagai Pengarang Kumpulan Harian Metro.

Pihak pengurusan MPI yakin dengan pengalaman, kepakaran dan kredibiliti beliau mampu memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecemerlangan MPI.

MPI mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Majlis Pentadbiran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada sumbang bakti selama 16 tahun Datuk Dr. Chamil sepanjang beliau menerajui MPI sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Dikeluarkan oleh:

MALAYSIAN PRESS INSTITUTE