MWM 2019 CATAT MEMORI INDAH
Hampir 750 orang tetamu hadir menjayakan penganjuran Malam Wartawan Malaysia bagi penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2018 bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 28 April lalu.
Majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee bin Malik sebagai tetamu kehormat.
MPI selaku penganjur majlis tersebut membuat kelainan apabila kategori Anugerah Tokoh Wartawan Negara turut disampaikan pada majlis yang sama.
Selain membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil, para pemenang juga menerima hadiah iringan lain tajaan BERNAS dan ADABI.
HKM MPI – PETRONAS 2018 menyaksikan wartawan KOSMO!, Ahmad Mustakim Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor diangkat sebagai penerima Hadiah Kajai manakala Tan Sri Johan Jaaffar sebagai penerima Anugerah Tokoh Wartawan Negara ke-12.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
Berikut adalah rangkuman gambar-gambar yang dirakamkan oleh lensa jurukamera MPI:
- Suasana sebelum majlis bermula. Seusai pendaftaran, para tetamu mengambil kesempatan merakamkan foto masing-masing di “photo opp”.
- Ketibaan YB Dr. Maszlee Malik disambut oleh Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI sambil ditemani oleh Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2019.
- Tetamu kehormat dibawa ke bilik menunggu sebelum majlis bermula. Kelihatan perbualan santai antara YB Dr. Maszlee Malik bersama Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2019.
- Sebelum masuk ke dewan utama, Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2019 bergambar kenangan bersama YB Dr. Maszlee Malik di ruangan “photo opp” yang disediakan.
- Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya.
- Kelihatan YB Dr. Maszlee turut memberi perhatian kepada ucapan yang sedang disampaikan.
- Aksi YB Dr. Maszlee ketika menyampaikan ucaptama beliau pada Malam Wartawan Malaysia 2019.
- Reaksi para tetamu terhadap ucaptama yang sedang disampaikan oleh tetamu kehormat.
- YB Dr. Maszlee menurunkan tandatangan beliau sebagai simbolik kepada pelancaran buku MPI yang berjudul “KISAH MPI: MEMBANGUN KEWARTAWANAN PELBAGAI PLATFORM”.
- Persembahan hiburan oleh Dayang Nurfaizah yang memukau mata dan emosi para tetamu.
Berikut adalah momen-momen manis para pemenang ketika menerima hadiah kemenangan masing-masing:
- 11. Muhammad Saufi bin Hassan dan Norsalim bin Mohamed Dawam, Harian Metro berkongsi hadiah kemenangan bagi kategori Infografik Terbaik.
- 12. Dua tahun berturut-turut akhbar The Star menang kategori Desain Halaman Pertama Terbaik. Kali ini menerusi Zulhaimi Baharuddin.
- 13. Berita Harian rampas kemenangan berturut-turut Utusan Malaysia menerusi Khairul Anuar bin Md Nor dalam kategori Kartun Editorial Terbaik.
- 14. Ahmad Iskandar Kamaruzaman dari BERNAMA menang kategori Kewartawanan Foto Cemerlang.
- 15. Wartawan Malaysia Gazette, Mohd Hazrol Zainal menang Kategori Foto Esei Cemerlang.
- 16. Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – cetak milik Lee Chonghui, The Star.
- 17. Mohd Safwan bin Sawi, TV3 dinobatkan sebagai pemenang utama Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – TV.
- 18. Harian Metro ulang kemenangan Kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang menerusi Mohd Azam Shah bin Yaacob.
- 19. Abd. Kadir Mohd Ayub kekalkan kemenangan bagi Kategori Penulisan Rencana Cemerlang.
- 20. Berita Harian menang Kategori Penulisan Kolum/ Rencana Pengarang melalui Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
- 21. Kategori Dokumentari Video Terbaik milik Bernama News Channel menerusi gandingan Mohd Haidar bin Ali dan Mohd Heector bin Mohd Saad.
- 22. Muhammad Zaidi bin Azmi dan Muhammad Ahirul bin Ahirudin dari The Mole menang Kategori Laporan Portal Berita Terbaik.
- 23. Nasional FM menang lagi Kategori Laporan Radio Terbaik menerusi Nurul Asiah Bidin dan Nor Fizawati Zainal.
- 24. Kategori Berita Video Terbaik milik Rahimah binti Abdullah dan Mohamad Noor Fitri bin Mohamed Zainuri dari Astro Awani.
- 25. KOSMO! ungguli Kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang PETRONAS menerusi duo Ahmad Mustakim bin Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor.
- 26. Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang milik Mohd Firdaus Ibrahim, Harian Metro.
- 27. Mohd Firdaus Ibrahim, Syazwan Msar dan Amir Abd Hamid, Harian Metro menang Kategori Laporan Berita Cemerlang.
- 28. Premesh Chandran (MalaysiaKini) dan Suhaimi Sulaiman (Astro Awani) menang bersama Anugerah Khas Juri.
- 29. Hasil laporan Ahmad Mustakim bin Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor, dari KOSMO! melayakkan mereka dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kajai.
- 30. Tokoh Wartawan Negara milik Tan Sri Johan Jaaffar. Beliau adalah penerima ke-12 anugerah Tokoh Wartawan Negara yang diberikan oleh industri kewartawanan dalam mengiktiraf peranan, sumbangan dan dedikasi beliau terhadap kecintaannya dalam bidang kewartawanan.
- Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya menyerahkan cenderamata berbentuk trofi HKM 2018 yang mengabadikan nama beliau sebagai tetamu kehormat MWM 2019.