Kursus
Penilaian media yang negatif boleh cetus panik dan kekeliruan

Penilaian media yang negatif boleh cetus panik dan kekeliruan

MPI telah menganjurkan kursus “Media Utilization in Managing Perception During Crisis” pada 27 – 28 Februari 2024 bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Program latihan dua hari ini telah dikendalikan oleh Datuk Badrulhisham Othman, mantan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian dan dihadiri oleh 12 orang peserta dari Jabatan Penerangan Malaysia, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan CJ Consulting Engineers Sdn Bhd, Sabah.

Datuk Badrulhisham yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang kewartawanan dan komunikasi krisis menerangkan peranan penting media dalam membentuk persepsi awam berhadapan situasi kritikal.

Agensi korporat yang bekerjasama dengan pihak media dalam menyampaikan maklumat organisasi/agensi masing-masing juga perlu memahami prinsip-prinsip operasi media, kitaran berita dan pelbagai faktor yang mempengaruhi liputan media. Pengetahuan ini memberi kuasa kepada peserta untuk meramalkan respons media dan mengurus strategi komunikasi secara proaktif.

Penekanan turut diberikan kepada rumusan mesej yang jelas, ringkas dan konsisten yang selari dengan masyarakat. Peserta dilatih untuk membangunkan mesej utama di bawah tekanan dan menyesuaikannya untuk format media yang berbeza.

Seorang penceramah jemputan juga telah djemput pada hari kedua iaitu Encik Mohd Hisham Shazli, mantan Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Risiko Kumpulan, Media Prima Berhad untuk berkongsi sedikit input berkenaan pengurusan risiko kepada para peserta.

Para peserta juga ditegaskan untuk menilai secara terperinci konten dan publisiti yang akan disampaikan agar tidak mencetuskan kepanikan, kekeliruan dan ketidakpercayaan. Penggunaan platform media yang berkesan seharusnya dapat membina kepercayaan, mengekalkan ketenteraman awam dan melancarkan sebaran maklumat.

Kesimpulannya, dengan memahami dinamik media, merumuskan mesej yang jelas dan menguasai teknik keterlibatan media, kakitangan agensi boleh menguruskan persepsi awam secara berkesan semasa krisis dan menyumbang kepada penyelesaian yang berjaya.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Datuk Badrulhisham Othman, penceramah kursus selama dua hari
Sesi pengurusan risiko bersama Encik Mohd Hisham Shazli
Sesi perbincangan peserta
Para peserta mempersembahkan hasil perbincangan
Bergambar bersama Encik Hisham Shazli
Para peserta bergambar bersama sijil masing-masing di akhir sesi kursus. Terima kasih semua!